KOTA BHARU: Seorang tahanan reman yang dipercayai terbabit dalam kes curi kereta, lesap dalam keadaan tangan bergari selepas melarikan kenderaan polis ketika dibawa sekumpulan pegawai dan anggota penyiasat ke satu lokasi di Pasir Tumboh dekat sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika lelaki berusia 33 tahun itu dibawa ke sebuah kawasan lot kedai bagi membantu siasatan berhubung kes curi kereta.Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata suspek dibawa menaiki Proton Waja polis dengan diiringi pegawai penyiasat dan dua anggota.
"Bagaimanapun, suspek mengambil kesempatan melarikan diri dengan memandu Proton Waja itu yang dipercayai enjinnya masih hidup," katanya ketika dihubungi, semalam.
Zahruddin berkata, pihaknya melancarkan gerakan pantas mengesan kereta polis itu sebelum menemui kenderaan berkenaan ditinggalkan di Pulai Chondong, Machang, kira-kira jam 5.30 petang.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: