Sunday, May 23, 2010

Lady Gaga Pecat Pasukan Keselamatan Selepas Diganggu

Lady Gaga beraksi di Paris pada 21 Mei lalu.

LADY Gaga dikhabarkan memecat pasukan keselamatan selepas seorang peminat fanatik melompat ke atas pentas semasa persembahan di Jepun pada bulan lalu.

Pelantun lagu The Poker Face itu sedang membuat persembahan sempena Monster Ball world tour ketika insiden tersebut berlaku.

Gaga cepat-cepat berundur ke sisi bahagian pentas sambil dua penari mengheretnya beredar dari situ.

Gaga bukan sahaja memukau para penonton dengan vokalnya bahkan pakaiannya yang luar biasa.

Media melaporkan Gaga yang begitu kecewa dengan insiden itu terus menamatkan perkhidmatan keselamatan tersebut.

"Sesetengah percaya dia akan bertenang tetapi dia telah menghantar pasukan keselamatannya pulang," menurut sumber.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: