Amitabh Bachchan merasmikan The International Indian Film Academy (IIFA) Voting Weekend 2010 di Mumbai pada 19 Mac 2010.BINTANG handalan Bollywood, Amitabh Bachchan bimbang tentang keselamatan menantunya, Aishwarya Rai yang terbang ke Chennai pagi semalam.
Ini kerana pesawat mungkin menerima ancaman angin puting beliung Laila.
"Aishwarya terbang ke Chennai pagi ini. Ketika ini, siklon Laila sedang melanda pantai Andhra (Pradesh) dan Tamil Nadu.
Aishwarya Rai hadir ke tayangan perdana filem Robin Hood semasa Festival Filem Antarabangsa ke-63 di Cannes, selatan Perancis pada 12 Mei 2010. "Bagaimanapun, dia selamat. Saya paling bimbang tentang keadaan cuaca. Mujur Aishwarya selamat," Amitabh tulis pada blognya Jumaat.
Siklon Laila masih melanda Andhra Pradesh dengan hujan lebat dan angin kencang menghentam kawasan di sekitar.
Sebanyak 27 orang terkorban kerana siklon itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: