![]() |
| ABU SEMAN menunjukkan salinan laporan awal panel khas pemantau siasatan kematian Aminulrasyid Amzah di Putrajaya semalam. |
PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) penggunaan senjata api anggota polis bertugas yang dibuat pada tahun 2003 bagi menambah baik garis panduan sedia ada.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang juga Pengerusi Panel Khas memantau insiden kematian Aminulrasyid Amzah berkata, pihaknya berpendapat SOP sedia ada boleh diperbaiki tahap lebih baik.
"Peraturan negara seperti Australia dan garis panduan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bakal menjadi rujukan panel khas itu untuk melihat kelemahan yang ada bagi meningkatkan lagi SOP yang digunakan sekarang.
"Kita akan melihat SOP terutama pada masa bila senjata api boleh digunakan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri ke Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009 Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan pada 26 April lalu, seorang remaja, Aminulrasyid maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda ketika remaja tersebut cuba melarikan diri daripada ditahan di Seksyen 11, Shah Alam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: