
ADZROOL IDZWAN meraikan kejayaan menerima ijazah Ph.D bersama ibu, Siti Rokiah Ismail dan bapanya, Ismail Ahmad pada Majlis Konvokesyen UiTM Kali ke-72 di Shah Alam semalam.
SHAH ALAM - Pada usia 29 tahun, Adzrool Idzwan Ismail boleh berbangga apabila menjadi penerima ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen ke-72 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Sri Budiman di sini semalam.
Beliau adalah antara 24 pelajar yang bertuah apabila menerima Ph.D daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selaku Canselor UiTM.
Menurut Adzrool Idzwan, beliau menyambung pengajian sehingga ke peringkat Ph.D dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka (Fotografi) kerana ingin menghadiahkan anugerah berprestij itu kepada ibu bapanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: