Sunday, May 16, 2010

Janda berebut pucuk muda

HAI laku betul pucuk muda yang seorang ini. Mungkin kerana gayanya yang begitu bernilai artistik dan kemanisan wajahnya itu membuatkan dia diminati dan direbut oleh dua orang mak janda yang muda dan bergetah.

Diva dapat cerita daripada teman Diva, pucuk muda yang merupakan seorang pelakon muda ini pernah menjadi rebutan dua orang mak janda muda yang juga selebriti.

"Aku dengar cerita yang kedua-dua mak janda ini bukan setakat berebut tetapi pernah bergaduh kerana mahukan pucuk muda ini.

"Kalau aku ada pun mungkin aku gaduh juga sebab lelaki tersebut memang elok. Pandai juga jaga hati orang. Kelakar bila aku dengar pergaduhan mereka ini.

"Sebab mereka baru sahaja bergelar janda. Sudah pandai bergaduh pasal jantan," ujar teman Diva.

Diva tak hairan dengan perebutan tersebut kerana dah faham sangat dengan perangai mereka. Melalui tilikan Diva, tak payahlah sampai nak bergaduh sebab awak berdua tu memang mak janda meletup!

Diva: Bengkel jurusolek Deq Sha akan diadakan 22 Mei ini di Hotel De Palma, Ampang. Bayaran RM400. Hubungi 016-3108808 atau 017-3544566.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: