Sunday, May 23, 2010

Inspirasi gaya Mediteranean


Ringkas tetapi masih menampilkan gaya berprestij.


TAMPIL dengan gaya mewah dan anggun, koleksi Bonia Eternal Skies kali ini mengambil inspirasi dari Mediterranean. Rekaan baru ternyata lebih ringkas dengan warna yang lembut. Selari dengan konsep berkenaan, Bonia memilih pereka Itali, De Francesch yang sinonim dengan jenama mewah antarabangsa seperti Hugo BOSS dan Michael Kors.

De Francesch teruja bekerja dengan Bonia kerana dia sememangnya sudah lama mengidamkan aksesori kulit serta pakaian berprestij dan kualiti tinggi.

Diterjemahkan menerusi himpunan terbaru, The Eternal Skies dicipta untuk tata gaya kehidupan moden serta berani.

Ia dipilih berikutan kawasan berkenaan mempunyai dua iklim iaitu musim sejuk yang basah manakala musim panas yang panas serta kering. Iklim kawasan Mediterranean juga segar dan mendamaikan walaupun masuk musim panas. Lantaran itu, Bonia memilih Greece sebagai lokasi penggambaran sempena koleksi musim panas kerana kawasan itu kaya dengan warna indah dari semula jadi.

Selain itu, Greece juga kaya dengan budaya, seni dan sejarahnya. Pemilihan konsep itu sekali gus mencerminkan falsafah Bonia dalam menghasilkan koleksi barangan kulit mewah dan berkualiti tinggi dengan gaya Eropah.

Sesuai dengan konsep penggambaran kali ini, kebanyakan rekaan mempamerkan warna biru seperti beg tangan.

Di samping itu, reka bentuk bangunan putih dengan padang luas dijadikan inspirasi menghasilkan rekaan Bonia. Baju, seluar serta blaus wanita juga banyak bermain dengan warna putih, biru, kelabu dan hitam. Bagi lelaki, warna putih kelihatan sesuai untuk penampilan yang lebih segar dan segar.

Bonia tampilkan warna rekaan yang segar, semula jadi dan lembut khusus untuk mereka yang mementingkan gaya canggih.

Selain kasut kulit, sandal ringkas mencerminkan gaya hidup kasual. Himpunan beg tangan pula nampak indah dengan gaya warna putih, coklat dan hitam diperbuat dari kulit sesuai digayakan ke tempat kerja.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: