Saturday, May 22, 2010

Hiasan manik naikkan seri busana

GAYA himpunan musim bunga dan panas Carven Ong berkonsepkan Snacas bermaksud ular dalam bahasa Inggeris lama memberi inspirasi kepada pereka ini dalam menghasilkan rekaan.

pix_middle
Gaun labuh dengan gaya seksi dan elegan dengan sentuhan lakaran ular pada perhiasan busana serta leher memberi kelainan kepada rekaan Carven yang berpengaruh daripada unsur Greek.

Rekaannya menyerlahkan ciri kewanitaan menerusi potongan labuh serta menawan mengikut bentuk tubuh.

Ong bijak bermain dengan hiasan manik bagi menaikkan keserian busana. Manik berwarna-warni serta kilauan kristal pada bahagian dada dan leher memenuhi tema houte couture yang menjadi idaman wanita.

"Saya mahu wanita tampil menyerlah, elegan serta sofistikated apabila menggayakan rekaan saya atau berjalan di karpet merah," kata Ong menyatakan tujuannya.

Dia gemar menggunakan warna mewah serta terang daripada fabrik sutera kapas, crepe, satin dan renda. Merah, magenta, kelabu, keemasan, jingga, coklat, ungu, kuning dan turquoie adalah rona terbaik pilihan Ong serta warna pilihan 2010.

"Mainan warna terang serta mewah menonjolkan gaya si pemakai sekali gus menyerlah gaya ketika berjalan di karpet merah. Fabrik sifon dan renda gabungan terbaik bagi mendapatkan alunan apabila digayakan," katanya yang pernah menerima anugerah Pereka Fesyen Terbaik Asia 2009 oleh Asia Fashion.Menurutnya, apa yang membuatkan dia bertahan sehingga sekarang adalah semangat serta kesabarannya bagi memberikan yang terbaik dalam apa juga dilakukan. Bagi Ong, perjuangannya dalam industri ini tidak pernah selesai sampai bila-bila.

"Saya percaya apabila kita mampu merubah penampilan wanita menjadi lebih cantik dan sempurna menerusi gaya rekaan, itu ialah kreativiti yang tiada tolok bandingnya," kata pereka ini yang sentuhannya menjadi pilihan selebriti ketika majlis anugerah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: