Saturday, May 15, 2010

Cinta Laura ikon derma darah


CINTA LAURA


CINTA LAURA nampaknya tidak ingin dikenal sebagai pemain sinetron dan penyanyi saja. Kini dia melangkah setapak lagi apabila menjadi ikon derma darah buat para generasi muda.

Sebagai ikon, Cinta bertugas untuk menarik perhatian dan peduli generasi muda tentang kepentingan derma darah. Namun walaupun menjadi ikon derma darah, Cinta sendiri masih belum boleh menderma kerana usianya belum genap 17 tahun.

"Saya belum boleh derma darah kerana usia belum masuk 17 tahun. Yang menjadikan saya motivasi untuk menjadi ikon ini adalah makcik saya yang sudah berulang kali membuat derma darah," katanya yang memang sudah terdedah dengan kerja amal sejak daripada kecil.

Tambah Cinta, dia menganggap kegiatan derma darah adalah kegiatan yang sangat terhormat. "Orang yang menderma darah bisa dibilang hero," tuturnya. Dia juga ingin Indonesia menjadi negara yang masyarakatnya benar-benar peduli terhadap masalah sosial.

Sebagai selebriti yang dipertanggungjawabkan dalam bidang sosial, Cinta mengidolakan Sandra Bullock.

"Saya suka cara Sandra Bullock membuat amal atau menunjukkan sikap prihatinnya. Seingat saya, selepas bencana tsunami, dia menghulurkan bantuan menggunakan duitnya sendiri yang jumlahnya agak banyak.

"Saya mahu menjadi seperti dia, atau sekurang-kurangnya mempunyai badan amal sendiri untuk membantu mereka yang memerlukan," katanya serius.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: