Monday, May 17, 2010

BSN lancar karnival seluruh negara

KUALA LUMPUR - Bank Simpanan Nasional (BSN) menjangkakan perolehan RM500 juta sepanjang sebulan Karnival Sijil Simpanan Premium (SSP).

Naib Presiden dan Ketua Jabatan Perbankan Konsumer, Akhsan Zaini berkata, BSN menganggarkan sejuta pengunjung akan hadir sepanjang karnival berlangsung di seluruh negara.

“Kami mengadakan Mega Karnival SSPN dan mini karnival pada Mei ini di 13 kompleks mbeli-belah di seluruh Malaysia.

“Kami yakin karnival ini mampu menggalakkan orang ramai menyimpan wang di samping berpeluang memenangi hadiah lumayan seperti BMW 120i Convertible, barang kemas dan Sijil Simpanan Premium RM10,000,” katanya di Wisma BSN, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Akhsan berkata, Mega Karnival SSP akan diadakan di One Utama, Petaling Jaya selama lima hari bermula 26 Mei ini.

“Kami menjemput kumpulan Hujan sebagai duta baru BSN untuk menarik lebih ramai remaja datang ke karnival ini di samping mengetahui produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Orang ramai berpeluang memenangi cabutan bertuah serta dua cabutan istimewa iaitu Cabutan Penghargaan dan Simpanan Tertinggi,” katanya.

BSN menyasarkan RM2 bilion pembelian SSP sehingga hujung tahun ini.

Sehingga Mac lalu, BSN mempunyai RM1274.81 juta sijil simpanan premium.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: