IPOH - Kerajaan akan memutuskan pelaksanaan skim gaji minimum terutama di sektor industri yang dilihat masih terlalu rendah sebaik sahaja kajian terhadap kesannya selesai.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, pada masa sekarang pihaknya masih membuat pertimbangan pelbagai pandangan terhadap kesan yang timbul apabila ia dilaksanakan.
“Kita masih membuat kajian dan mendapatkan pandangan daripada pelbagai segi untuk menetapkan bagaimana kita akan menghadapi isu itu serta mendapatkan penyelesaian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan cermin mata oleh MIC Bahagian Ipoh Barat kepada 200 murid miskin di sini, semalam.
Ketika ditanya mengapa kajian terhadap pelaksanaan skim gaji minimum mengambil masa lama, beliau berkata, skim gaji minimum adalah satu isu besar dan ia mesti dikaji secara mendalam sebelum sebarang keputusan diambil kerajaan.
“Tindakan ini penting kerana kita mesti mengambil kira kesan-kesan dan implikasi akibat pelaksanaannya. Untuk memberitahu satu masa yang tepat (bila ia dilaksanakan) itu susah sedikit, tetapi memang kita akan melaksanakannya seberapa cepat yang boleh,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: