|
|
HARI ini, tanggal 16 Mei, kita menyanjung jasa insan bergelar pendidik. Dalam seribu satu kemelut sosial yang tidak berkesudahan, kita kembali mengenang insan-insan yang hari ini membawakan pemahaman tentang ilmu pengetahuan.
Baik ilmu dalam mata pelajaran mahupun ilmu tentang kehidupan, jasa guru akan selamanya tersimpan dalam relung nafas yang menghembuskan usia kematangan.
Pun begitu, Mei bukan sekadar mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru yang disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun.
Sebaliknya ia menjadi lebih bermakna apabila kehadiran Mei diraikan sebagai detik dimana kita lebih memberi perhatian dan kasih sayang kepada seorang wanita bergelar ibu.
Sama ada anda ibu kandung, ibu angkat mahu pun ibu tiri, tentunya detik-detik yang manis sepanjang Mei ini akan dikongsi bersama insan tersayang, yang selama ini menjadi pohon tempat berteduh sayang.
Masih lagi mengenang kasih sayang seorang ibu, tanggal 29 Mei ini, Holiday Villa, Subang, Kuala Lumpur bakal meraikan insan-insan hebat ini dalam satu acara yang dikenali sebagai acara Bersamamu....Ibu.
Menariknya acara tersebut bukan hanya menampilkan artis solo biasa yang membuat persembahan bagi meraikan sambutan bermakna ini. Sebaliknya barisan artis terdiri dari penghibur popular di dua negara, Malaysia dan Indonesia.
Barisan artis Malaysia diwakili oleh Datuk Jalaludin Hassan, Sheila Rusly, Azmir Arif dan Azian Mazuan Sapuwan.
Nama-nama ini bukan sahaja muncul sebagai penghibur, tetapi turut membawa bersama pemahaman yang lebih kepada makna kasih sayang itu sendiri.
Sementara artis Singapura diwakili oleh Mastura Ahmad, Suhaimi Yusof, Izzuwin dan Kewl Khan.
Tidak ketinggalan tetamu bakal dihiburkan oleh Bintang Emas Karaoke - Dino, Zaidi dan Fiza yang bakal menampilkan kehebatan masing-masing. Persembahan berkonsep amal ini diteruskan dengan penyertaan persembahan daripada anak-anak Titian Kaseh (Kuala Lumpur) dan deklamasi puisi khas menyokong tema acara.
Mereka yang mahu bersama hargai jasa seorang ibu, boleh mendapatkan keterangan dengan mengubungi talian 03-62232668.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: