Tuesday, May 25, 2010

57 kubur purba berisi mumia ditemui di Mesir

KAHERAH - Pakar kaji purba menemui 57 kubur lama Mesir dengan kebanyakan daripadanya mengandungi keranda kayu berhias yang berisi mumia.

Majlis Tertinggi Barangan Purba (SCA) berkata, kubur tertua yang dijumpai semasa penggalian itu bertarikh 2750 sebelum Masihi.

Sebanyak 12 daripada kubur purba itu kepunyaan zaman dinasti ke-18 yang memerintah Mesir semasa abad kedua sebelum Masihi.

Menurut SCA, penemuan itu memberi maklumat baru mengenai agama purba di Mesir.

Ketua SCA, Zahi Hawass berkata, semua mumia terbabit dibalut dengan kain yang dihiasi dengan tulisan keagamaan dan lukisan mengenai tuhan Mesir purba.

SCA dalam satu kenyataan kelmarin melaporkan, kubur purba itu ditemui di Lahun yang terletak 100 kilometer di selatan Kaherah.

Tahun lalu, sebanyak 53 batu nisan purba ditemui di kawasan itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: