
LONDON - Aktres terkenal, Kate Winslet, 34, dan suaminya, Sam Mendes, 44, mengumumkan berpisah secara rasmi selepas tujuh tahun berkahwin, menurut peguam pasangan itu dalam satu kenyataan di sini kelmarin.
Peguam itu, Keith Schilling berkata, kedua-dua pihak menyatakan komitmen penuh berhubung hak penjagaan secara bersama terhadap dua anak mereka, Joe, enam tahun, dan Mia, sembilan tahun, hasil perkahwinan Winslet dengan suaminya yang terdahulu, Jim Threapleton.
"Winslet dan Sam begitu sedih untuk mengumumkan mereka telah berpisah pada awal tahun ini dan ia dilakukan secara baik melalui perjanjian persefahaman," kata Schilling yang meminta pihak media menghormati hak persendirian keluarga tersebut.
Namun akhbar The Sun melaporkan, keretakan hubungan pasangan itu mulai timbul selepas tayangan filem Revolutionary Road pada 2009 apabila Winslet bergandingan semula dengan rakan lama aktor Titanic pada 1997, Leonardo DiCaprio.
"Sam dan Winslet sering bergaduh dan kurang menghabiskan masa bersama. Beberapa rakan rapat menyedari pasangan itu bertengkar selama lebih setahun dan mereka pernah tinggal berasingan untuk beberapa ketika," kata seorang sahabat.
Menerusi filem arahan Mendes itu, Winslet menjadi kekasih DiCaprio, 35, dan ia mungkin mencetuskan perbalahan pasangan tersebut walaupun filem dengan kos AS$35 juta (RM116.1 juta) itu berjaya mendapat kutipan AS$75.2 juta (RM249.5 juta).
Winslet dan Mendes yang ketika itu menetap di New York, sering dianggap sebagai pasangan emas Hollywood kerana selalu memenangi pelbagai anugerah perfileman dan mereka tampil bersama dalam acara sensasi permaidani merah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: