
CEBU, Filipina - Seorang pereka tari yang bekerja dengan penyanyi terkenal, mendiang Michael Jackson, Travis Payne pernah mengajar sejumlah banduan di sini menari mengikut irama lagu They Don't Care About Us pada Januari lalu.
Seramai 1,500 banduan itu menari dalam rakaman klip video bagi mempromosikan album Michael yang lebih dikenali dengan panggilan Jacko selepas kematiannya pada 25 Jun lalu.
Klip video itu telah dilihat seramai 1.4 juta di YouTube dalam tempoh kurang tiga bulan.
"Kami cuma manusia biasa dan pada mulanya kami tidak percaya akan dilawati oleh seorang insan luar biasa yang mengajar ramai bintang Hollywood cara untuk menari," kata seorang banduan, Egan Torrecampo, 19.
Idea untuk menggunakan tarian sebagai salah satu kaedah pemulihan di penjara dilontarkan oleh seorang bekas perunding keselamatan, Byron Garcia pada 2006.
Klip banduan di penjara itu yang menari mengikut irama lagu YMCA oleh kumpulan popular Village People, U Can't Touch This oleh MC Hammer dan Radio Gaga nyanyian Queen pernah disiarkan di laman YouTube.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: