BRISBANE - Seorang wanita berumur 66 tahun, Carol Lynette Samuels (gambar), 66, didenda oleh seorang majistret sebanyak A$4,000 (RM12,196) kerana tinggal dalam sebuah kereta bersama 23 haiwan peliharaannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia turut diarahkan supaya menyerahkan semua haiwan peliharaannya itu kepada sebuah agensi yang menjaga kebajikan haiwan.
Semasa dibicarakan, Carol menyatakan dia terpaksa tinggal di dalam kereta selepas diusir dari rumahnya yang berharga A$1.5 juta (RM4.57 juta) di Pulau Macleay, Teluk Moreton kerana masalah kewangan pada tahun lalu.
Seorang pegawai agensi perlindungan haiwan menemui Carol dan haiwan-haiwan peliharaannya di dalam kereta di sebuah pusat beli-belah pada September lalu selepas menerima aduan orang ramai.
Haiwan peliharaan itu ialah 11 ekor kucing Parsi, seekor kucing Himalaya dan 11 ekor anjing.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: