PARIS - Stesen televisyen France 2 di Perancis kelmarin mencetuskan kontroversi kerana menyiarkan satu dokumentari, The Game of Death mengenai satu kuiz permainan yang menguji kesanggupan peserta mengikut arahan.
Penerbit dokumentari itu, Christophe Nick menggunakan 80 peserta yang menyangka mereka bertanding dalam satu pertandingan televisyen berjudul Zone Xtreme.
Peserta-peserta itu diberitahu jika jawapan yang diberi tidak betul, seorang lelaki yang sebenarnya pelakon akan diberikan kejutan elektrik sebanyak 20 volt hingga 460 volt.
Apabila peserta silap menjawab soalan, lelaki yang berlakon dikenakan kejutan elektrik itu, Jean Paul membuat rayuan: "Tolong keluarkan saya dari sini. Saya tidak mahu lagi bermain."
Dia turut menjerit seolah-olah seperti berada dalam kesakitan kerana terkena kejutan elektrik dan berpura-pura mati.
Nick berkata, 80 peratus peserta sanggup meneruskan pertandingan itu semasa melihat 'pelakon' itu menjerit.
Menurutnya, cuma 16 peserta yang enggan meneruskan pemainan itu kerana tidak mahu melihat 'pelakon' tersebut berada dalam kesakitan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: