HANYA dengan secalit gincu serta sapuan pembayang mata mampu merubah penampilan diri. Itulah rahsia kecantikan wanita.
Begitu juga dengan solekan, teknik, pemilihan warna serta warna kulit adalah unsur penting bagi memastikan wajah disolek berubah daripada kusam dan kurang bermaya menjadi lebih segar, cantik dan menawan.
Namun, kebanyakan wanita kurang tahu teknik solekan yang betul, menjadikan wajah tidak sempurna.
Jurusolek profesional, Allen Manhuri, yang hampir 15 tahun berpengalaman dalam bidang solekan berkongsi panduan mudah bersolek untuk majlis makan malam menerusi solekan wajah semula jadi dan gaya mata smokey.
Untuk solekan semula jadi, ikuti panduan berikut:
1. SEBELUM...wajah model sebelum disolek, memiliki kulit cerah dan bersih tanpa sebarang cela.
2. ASAS PENTING...sapukan bedak asas untuk menutup segala cela.
3. SAPU BEDAK DEBU...bagi meratakan warna kulit dan menjadikan warna kulit sekata.
|
4. SEIMBANG...untuk menyeimbangkan bentuk wajah kembali normal, buat bayangan dengan memberikan warna gelap pada bahagian yang tidak ingin ditonjolkan. Gunakan alas bedak coklat gelap atau tembaga. Berikan kesan terang pada wajah yang ingin ditonjolkan. Pilih alas bedak krim atau merah jambu cerah.
5. PILIH WARNA...untuk solekan semula jadi, pilih pembayang mata warna tanah seperti coklat, krim, biru dan ungu cerah.
6. NAIK SERI...sapukan pemerah pipi, gunakan warna merah jambu atau coklat kemerahan supaya nampak segar dan sesuai dengan warna kulit. Ketika sapuan, senyum sedikit supaya dapat menonjolkan bahagian tulang pipi.
7. WARNA BIBIR...akhir sekali, pilih warna gincu merah jambu kemudian basahi dengan pengilat bibir bagi menonjolkan keseksian bibir.
8. SELESAI...penampilan sempurna selepas disolek.
Untuk mendapatkan gaya smokey:
Untuk solekan mata gaya smokey, kuncinya adalah warna gelap yang kabur pada garisan bawah alis.
Untuk mata wanita Asia, teknik bayangan mampu menjelmakan gaya solekan smokey seperti diinginkan. Paling mudah, gunakan penggaris mata jenis pensil.
Kemudian, sapukan pembayang warna cerah pada pelupuk mata kerana asas untuk mendapatkan paduan terbaik adalah dengan menggabungkan warna gelap dan cerah.
Kemudian tambahkan gincu warna terang pada bibir, seperti merah hati dan jangan lupa pengilat bibir.
Tip solekan
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: