Monday, March 29, 2010

Usaha mencari diteruskan


SEBUAH helikopter dan kapal yang membawa sejumlah saudara mangsa karam melakukan operasi menyelamat di Pulau Baengnyeong semalam.


PULAU BAENGNYEONG, Korea Selatan - Teriakan dan luahan kemarahan daripada saudara- mara 46 anak kapal sebuah kapal tentera laut Korea Selatan yang karam akibat letupan misteri mewarnai suasana di sini semasa anggota-anggota penyelamat mencari mangsa yang masih hilang semalam. Kapal seberat 1,200 tan itu sedang menjalani rondaan biasa bersama kapal-kapal peronda yang lain di Laut Kuning pada Jumaat lalu apabila ia karam dengan puncanya masih belum diketahui.

Seorang mangsa yang terselamat, Staf Sarjan Shin Eun-chong, 24, memberitahu saudaranya bahawa dia mendengar letupan kuat.

Semasa ahli-ahli keluarga bergaduh dengan pegawai-pegawai keselamatan, beberapa anggota tentera mengacukan senapang ke arah mereka.


GAMBAR menunjukkan muncung sebuah kapal tentera laut Korea Selatan yang karam dekat Pulau Baengnyeong pada Jumaat lalu.


Menurut seorang pegawai, letupan telah menyebabkan bahagian bawah kapal tersebut berlubang, enjinnya mati, kehilangan kuasa dan tenggelam dalam tempoh kurang tiga jam.

Kapal yang membawa 100 anak kapal itu kemudian patah dua, jelas pegawai dari Kementerian Pertahanan itu.

Sebelum ini terdapat dakwaan bahawa torpedo Korea Utara telah menyebabkan kapal berkenaan karam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: