SEORANG bekas kekasih gelap Tiger Woods baru-baru ini berkata bintang golf itu amat kedekut.
"Woods juga tidak pernah memberi tip kepada pekerja kelab yang melayannya. Saya malu kerana Woods masih menganggap semua perkara diberi percuma," kata Jamie selepas diisytiharkan sebagai Ratu Wanita Simpanan Woods.
Dia mengetepikan dua lagi wanita yang pernah menjalin hubungan sulit dengan bintang golf itu, Loredana Jolie Ferriolo dan Jaimee Grubbs untuk membawa pulang hadiah wang tunai AS$75,000 (RM250,000) dan sebentuk cincin bertatah berlian hitam.
| |
Kisah yang diluahkannya itu, umpama sebuah filem sedih yang menenangi anugerah Oscar, bukan kisah remeh seperti yang diceritakan dua lagi pesaingnya, mungkin punca Jamie dipilih.
Model berambut perang itu turut berkongsi beberapa perkara menarik ketika lain.
"Saya cintakannya. Hubungan kami bukan kerana wang," katanya hampir menangis.
Kini, Woods, 27, tidak lagi perlu bimbang Jamie kekurangan wang selepas kemenangan itu.
"Saya boleh membawa keluarga berpindah," katanya dengan nada sebak selepas diumumkan memenangi pertandingan itu.
Jamiee Grubbs yang hanya menjadi naib juara kelihatan begitu sugul kerana terlepas habuan lumayan itu.
Meskipun pulang dengan hadiah wang tunai AS$15,000 (RM50,000), dia bergegas meninggalkan majlis serta-merta dengan alasan ada temujanji.
"Jaimee kelihatan kecewa kerana gagal menang. Dia turut memberitahu tidak lagi mahu terbabit dalam sebarang majlis yang ada hubungan dengan Woods selepas ini," kata seorang penonton.
Jaimee turut dilapor menjauhkan dirinya daripada dua peserta lain dan mendakwa situasinya berbeza kerana dia tidak tahu Woods sudah berkahwin.
"Dia dengan bangga berkata, bukan dia yang menggoda Woods tetapi bintang golf itu yang 'mengejarnya,'" kata sumber itu.
Sikap Jaimee disedari Jamie.
"Saya mulanya rasa kami boleh menjadi kawan tapi kesombongannya menyebabkan saya berasa tidak selesa ketika berada berhampirannya."
Sementara itu, Woods difahamkan akan menyerahkan lebih AS$150 juta (RM498 juta) kepada isterinya, Elin Nordegren meskipun mereka tidak bercerai.
Wang itu diurus kembar Elin, Josefin Lonnborg, peguam korporat yang bekerja dengan syarikat guaman terkenal Amerika, McGuireWoods di London.
Josefin dilapor berbincang dengan beberapa pakar pengurusan kewangan bank terkenal, antaranya UBS dan Credit Suisse bagi pihak Elin.
Dalam pada itu, Woods dan Elin kini dilapor kembali tinggal sebumbung, kira-kira tiga bulan wanita kelahiran Sweden itu meninggalkan kediaman mereka di Orlando itu setelah kisah hubungan sulit bintang golf Amerika itu didedah 27 November lalu.
Namun, sumber menyatakan, perkembangan baru itu hanya atas dasar keuntungan bisnes dan bukan kerana Elin, 29, sudah memaafkan suaminya.
Elin sebelum ini meninggalkan rumah itu selepas Woods mengakui menjalinkan hubungan sulit dengan 14 wanita. Dia menyewa rumah berhampiran.
"Perkahwinan mereka kini hanya satu kenangan tapi Elin sedia membantu Woods membina semula imejnya dan memperoleh penaja baru kerana itulah erti sebenar hidup suaminya. Dia turut melakukannya untuk anak-anak dan memastikan mereka tidak tertekan," kata sumber.
Woods, 34, yang mengumumkan berehat daripada bermain golf 4 Disember lalu untuk tempoh yang tidak ditetapkan, turut didakwa semakin hampir untuk beraksi kembali.
Dia dilihat berlatih di estet miliknya dan seorang saksi mendakwa melihatnya mencium pipi Elin tiga kali sebelum mereka berpelukan.
"Saya gelar mereka pasangan bercerai yang berkahwin. Elin sedar Woods memiliki masalah dan takut kembali menyayanginya. Namun, kerana anak dan desakan Woods untuk kembali ke lapangan golf, Elin kembali ke rumah tapi dengan tembok tebal mendinding dirinya," kata sumber.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: