SEJAK bergelar isteri pada Oktober tahun lalu, pelakon jelita, Sharifah Sofia Syed Hussein diulit bahagia dengan suaminya, Syed Ismail Syed Al-Ali. Malah setiap hari adalah saat-saat bulan madu untuk mereka.
Namun, selepas bergelar isteri, tawaran lakonannya semakin berkurang dan kini Sofia banyak menghabiskan masanya menemani suami menjalankan perniagaan dan dia juga sedang merancang untuk membuka perniagaan alat tulis.
Walaupun wajahnya jarang dilihat di kaca televisyen, kehidupan peribadinya diceroboh lagi. Kali ini gambar Sofia sedang bermain dan bermanja dengan dua ekor anjing tersebar luas di Internet.
Penyebaran gambar itu membuatkan nama Sofia sebagai seorang pelakon beragama Islam sedikit terjejas. Mahu memberi Sofia peluang membuat penjelasan mengenai isu itu, Kosmo! menghubungi pelakon yang memang terkenal dengan sikap berterus terang itu.
Tanpa berselindung, dia mengaku dua gambar berkenaan memang miliknya. Tetapi, kata Sofia, hal itu tidak seharusnya disensasikan.
KOSMO!: Adakah gambar seorang wanita berkemeja-T putih sedang bermain dengan anjing itu milik Sofia?
SOFIA: Memang itu gambar saya dan ia telah diletakkan di laman blog sebelum saya kahwin lagi. Tak silap saya, bulan Mei tahun lepas. Tetapi itu anjing peliharaan kawan, bukan saya punya.
Gambar tersebut telah pun tersebar di Internet. Ada yang menganggap gambar itu agak sensitif dan Sofia tidak patut bermain dengan anjing. Apakah pandangan Sofia?
Gambar itu bukanlah satu isu yang besar. Bukannya berdosa pun bermain dengan anjing. Apa salahnya anjing itu mahu bermain dan gigit kita. Habis main, samak saja. Lagipun saya seorang pencinta binatang. Dulu saya pernah membela anjing. Tetapi saudara-mara saya tidak boleh terima lalu saya memberi anjing itu kepada orang lain.
Adakah Sofia kesal dengan penyebaran gambar itu?
Saya tak kisah pun. Cuma bila orang luar tengok, mereka mempunyai pelbagai persepsi baik atau buruk. Sekarang ini zaman moden, kita boleh samak. Tapi saya tak adalah sampai memberi anjing itu menjilat muka saya atau mandikannya. Masa saya bela anjing pun, saya hantar ke kedai untuk memandikannya.
Bagaimana kehidupan Sofia selepas kahwin?
Alhamdulillah, kami bahagia. Suami saya pula mula sibuk dengan perniagaannnya. Cuma dari sudut karier pula, saya macam tak laku lepas kahwin (ketawa). Tiada tawaran berlakon setakat ini dan saya terpaksa biasakan diri tak berlakon buat sementara waktu ini. Jujurnya, agak bosan juga, tapi syukur sebab kehidupan saya lebih relaks.
Apa yang Sofia buat untuk mengisi masa lapang?
Saya jalankan tugas sebagai seorang isteri dengan menemani suami. Kadang-kadang saya ikut dia bertemu klien. Sekarang saya merancang untuk membuka perniagaan alatan tulis yang menggunakan bahan kitar semula dan mencari lokasi yang sesuai untuk membuka kedai. Paling tidak pun, menjadi pengedar alatan tulis ke kedai-kedai buku. Saya juga membabitkan diri dalam rekaan hiasan dalaman. Tapi sesiapa yang mahu mengikuti perkembangan terbaru saya boleh layari http://twitter.com/sharifahsofia.
Apakah perancangan untuk mendapatkan cahaya mata?
Kami sudah bersedia jika ada rezeki. Tapi kalau boleh, nanti dulu. Biar kami bekerja untuk kukuhkan ekonomi sebelum menerima kehadiran seorang anak.
inilah dia contoh orang yg suka meringan2kn hukum agama. besok2 bila buat maksiat..eleh, apa nak kisah, lepas buat aku taubat la, hotak!
ReplyDeleteartis memg
ReplyDeletegilo
ReplyDeleteastaghfirullahalazim...nauzubillah ya Allah.. ceteknya pengetahuan ugama nya.. tunjukkanlah dia ke jalan benar ya Allah
ReplyDeletezaman skrg mmng tk takut dosa!!!!!!!pegang anging!!!!!!!! GIL000000000000
ReplyDeleteem..nk ckp sket ye..pegang anjing bukanlah satu dosa..biar reti sket..sape yg cetek ilmu agama skrg ni..xmau la nkhurai pnjang lebar kt c ni..laen kali nk ckp..biar tahu hukum hakam..belajar lg...terima kasih
ReplyDeleteanjing klu kering boleh pegang..tp kalu bulunya basah xboleh..tapi klu terkne air liurnya mmg kne samak..ape la len kali blaja dlu sblom komen..abis aggota polis unit pengesan ramai islam dan pegang anjing tu mcm ne plak..adoi2..
ReplyDeleteNabi penah berkata, berpelukan antara lelaki dan perempuan yg bukan muhrim adalah lebih hina daripada memeluk khinzir a.k.a babi yg berlumpur dan kotor.....so fikir2 kan lah mana yg terbaekkk. (lebih kurang begitulah maksudnya....kalo salah tolong sesapa betulkan)
ReplyDeleteASSALAM...SEBENARNYA TIADA MASALAH PEGANG ANJING,TETAPI KALU BASAH ATAU TERKENA AIR LIUR NYA WAJIB LAH DISUCIKAN DENGAN SATU BAHAGIAN AIR TANAH DAN ENAM BAHAGIAN AIR MUTLAK UNTUK MEMBERSIHKAN NYA.ANJING JUGA PENTING DALAM KEHIDUPAN MANUSIA UNTUK MEMBANTU MENJAGA TERNAKAN DAN TANAMAN DARI PENCEROBOHAN MANUSIA ATAU HAIWAN LAIN. ANJING JUGA BOLEH MEMBANTU MENCEGAH JENAYAH DAN MENGESAN MANGSA BENCANA ALAM.ITULAH ANATARA HIKMAHNYA ALLAH MENCIPTA ANJING SEBAGAI SALAH SATU MAKHLUK DI MUKA BUMI.
ReplyDeletebabi dgn anjing ada beza.. anjing blh pegang tapi rumitnya susah nak dibersihkan sebab kena samak. tentula kalau citer pasal makan babi dan anjing ni haram. :) yg sofia kata, pegang takpe. cuma lepas pegang kena samak la. tu je. tak perlu la kecoh2.. anjing pon makhluk Allah jgk. Lagikan, ada seorang pelacur yg memberi makan dan minum pada seekor anjing kehausan pon dpt masuk syurga. begitula indahnya Islam.
ReplyDeletepegang anjing xharam,,ingt 2 jela..
ReplyDeleteyg pntg kne samak.
manusia xhabis2 merosakkan kbhagiaan owg lain..
bkn nk membela tp btl kn ape aq ckp??
pegang anjing tak haram,
ReplyDeletepegang anak dara bukan muhrim orang haram..
pegang anjing boleh sama',dan tidak berdosa.. cuma wajib sama' untuk sucikan diri.
pegang anak dara orang yang bukan muhrim tak boleh sama' malah sudah berdosa.
ape hal kecoh sume ni,sume yng komen2 dlam ni bodo blake,ckap sal anjing plak,sendiri pikir ar bro...anjing tu haram lah bodohhhhh......nk pegang buat ape bodoh........
ReplyDeleteanjing tu makhluk tuhan jugak...bukan dia mintak pun nak jadi haram...kalau anjing tu boleh cakap bahasa manusia,confirm dia pun nak jadi binatang yang halal.yang korang ni pulak dah tak ada benda buat ke?nak kritik je tau.buat dosa je....buat sofia,hanya tuhan dan malaikat Nya yg tahu apa yg awak buat.harap ada keinsafan dan tidak mengulanginya lagi.
ReplyDelete@Zaraki
ReplyDeleteapehal BODOH bebenor si Zaraki neh?..kalau setakat Islam HIPOKRIT baek xpayahkan diri mengeluarkan komen2 yang meMALUkan diri dan menunjukkan keBODOHan anda wahai Zaraki..kaji dan fahami dahulu sesuatu fakta sebelum membuat apa2 komen yang terang2 BODOH..aduyai..
mungkin dia bermazhab maliki kot.. x boleh la kita terus nak maki2..
ReplyDeletepegang anjing tu x la sampai jatuh tahap berdosa. sbb boleh je samak.
jgn maen cakap sedap mulut je memaki org kalau kita pon x sure taraf ilmu agama kita..
FYI...kita ada 4 mazhab...salah satu mazhab ialah maliki, mereka boleh memegang anjing tuk menjaga keselamatan...tetapi mazhab yg terbaik ialah mazhab Shafie..kalau kita fikir dr segi logik, anjing mmg tidak digalakkan utk kita bela atau pegang sebab anjing byk menyebarkan kuman dan kotor...sbb Allah pernah berkata, kebersihan itu perlu diutamakan....lagi satu, byk doktor binatang org2 islam, tetapi mereka ini memakai mask dan sarung tgn...so memegang anjing di bukan la sesuatu isu yg besar cuma kita perlu menjaga batas kita dlm menjalani kehidupan sbg org islam...pegang demi utk perubatan tak salah, kita samak ...jika hanya utk suka2 haram sbb malaikat takkan masuk rumah jika ada anjing nih...harap semuanya maklum...
ReplyDeleteFYI...kita ada 4 mazhab...salah satu mazhab ialah maliki, mereka boleh memegang anjing tuk menjaga keselamatan...tetapi mazhab yg terbaik ialah mazhab Shafie..kalau kita fikir dr segi logik, anjing mmg tidak digalakkan utk kita bela atau pegang sebab anjing byk menyebarkan kuman dan kotor...sbb Allah pernah berkata, kebersihan itu perlu diutamakan....lagi satu, byk doktor binatang org2 islam, tetapi mereka ini memakai mask dan sarung tgn...so memegang anjing di bukan la sesuatu isu yg besar cuma kita perlu menjaga batas kita dlm menjalani kehidupan sbg org islam...pegang demi utk perubatan tak salah, kita samak ...jika hanya utk suka2 haram sbb malaikat takkan masuk rumah jika ada anjing nih...harap semuanya maklum...
ReplyDeletegreat dogs
ReplyDeleteMengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang njing adalah termasuk dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan najis nya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau
ReplyDeletemenyalahi hukum Islam.
Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman, rumah, harta benda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9 menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah.
Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa alHaram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai
binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasar kan hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi
S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
http://www.jais.gov.my/rnd/2010/mei/MaklumbalasTheStar.pdf
pasal sofia pegang anjing pon nak kecoh. aku rasa itu bukan big problem pOn. dia bukan makan daging anjing ke , babi ke. kalau yang tu nak kecoh kecoh tak pe la jugak. setakat pegang + main dengan anjing tak payah nak kecoh sangat la.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSebenarnya kalau TERSENTUH barulah boleh Samak!..tapi kalu kita SENGAJA menyentuh benda haram dengan niat untuk main-main saya rasa ada berat sikit..ada cara kita menyentuh benda haram ni,sebagai contoh kita gunakan pelapik tangan seperti sarung tangan dengan niat hendak merawat Anjing atas dasar kasihan.
ReplyDeletetakat pegang anjing dah kena kutuk..artis yang lain siap peluk2 laki pompuan apa hal??yang pakai seksi tak tentu pasal tak kena apa pun..tengok majalah mangga..blei tekuar biji mata tgk artis dok posing..yang NYATA HARAM..manusia mula buta ngan hukum agama..
ReplyDeleteyg haram tetap haram, jagan di perhalalkan
ReplyDeletesokong @juruteknik komputer XD
ReplyDeletecaiiitt pegang anjing dibesar2kan, pegang orang yang bukan sama gender yang berleluasa di internet tidak diambil kisah pulak, padahal mana satu yang berdosa sbenarnya?
ReplyDeletenak mghukum org jgn la melebih2..sdgkn uztaz yg smmgnya tinggi ilmu membuat kenyatann xda haramnya anjing tu dpegang klu kering (maknanya bukan la haram)..kalau basah baru la lain cerita..ish3.
ReplyDeleteala..si zaraki ni komen je lebih habuk pun takdak.. Menyampah aku org jenis ni,pengetahuan agama takat budak tadika nak komen mcm ustaz pulak.. Ni la jenis manusia klau sembang takmau kalah,rsa diri dia tu dah betul sgat la.. Sedar diri ko tu sikit wahai hamba yg hina.
ReplyDeleteMenyampah betul aku dgan budak zaraki ni,smpai rosak mood aku hari ni tgok kata2 ko yg mmg bodoh tahap cipan tenuk membelah angkasa..aku rsa tenuk pun tak bodoh mcm ko..Nah,amik ko..aku klau dh sound mmg deret terus ja..
ReplyDelete