PARIS: Khabar angin Presiden Nicolas Sarkozy dan isteri, Carla Bruni masing-masing mempunyai hubungan sulit semakin tersebar di Perancis.
MASA BAHAGIA...Carla dan Sarkozy.
Laporan awal dalam laman Twitter mendakwa Carla menjalinkan hubungan romantik dengan Benjamin Biolay, ahli muzik dan pemenang anugerah muzik Perancis baru-baru ini.
Laporan itu kemudian mendakwa, Sarkozy yang kecewa, menjalinkan hubungan dengan Menteri Ekologinya, Chantal Jouanno, yang juga juara karate Perancis.
Majalah Internet Perancis, suchablog.com kemudian melaporkan, Carla sudah sekian lama rapat dengan Biolay dan kini tinggal bersamanya secara tidak rasmi di flet pemuzik itu di Paris.
Khabar angin itu semakin serius apabila laman rasmi akhbar mingguan, Le Journal du Dimanche turut melaporkannya. Menurut akhbar itu: “Ia gosip paling hangat ketika ini dan mungkin menjadi kisah paling hangat tahun ini.
“Hubungan Carla dengan pemenang anugerah muzik, Benjamin Biolay bermula beberapa minggu lalu.
“Khabar angin itu mula tersiar dalam laman Twitter dan kini boleh dibaca dalam blog dan di mana-mana laman web.
“Berdasarkan laporan laman suchablog, ia kini ‘lebih daripada khabar angin.’” Le Journal seterusnya melaporkan: “Rumah tangga presiden itu kini berada di penghujung.
“Carla Bruni bercinta dengan Benjamin Biolay sementara presiden mengubati kekecewaannya dengan menjalinkan hubungan dengan Chantal Jouanno." Cerita yang sama juga dilaporkan oleh laman berita termasuk Yahoo News France, Le Post dan Agoravoxtv, serta saluran berita televisyen, i-Tele.
Ini adalah kali pertama rumah tangga Sarkozy, yang bertemu Carla pada satu majlis jamuan pada November 2007, dilapor berdepan dengan krisis.
Selepas bercinta dan kemudian berkahwin tiga bulan selepas itu, laporan kerap menyatakan rumah tangga mereka hanya akan bertahan selagi Sarkozy menjadi presiden.
Kenyataan Carla yang mendakwa dia mudah bosan dengan hubungan dengan seorang lelaki saja, juga sering dipetik oleh media.
Tetapi hanya baru ini wujud laporan yang layak dipercayai bahawa kedua-duanya sama-sama curang.
Pasangan itu juga memang diketahui umum curang terhadap pasangan masing-masing sebelum mereka berkahwin. Jurucakap Sarkozy di Istana Elysee di Paris berkata, dia tidak mempunyai sebarang kenyataan untuk dibuat berhubung khabar angin itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: