Monday, March 8, 2010

Raja Perempuan Kelantan kemuka bantahan


CIK Puan Elia Suhana ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid semalam mengemukakan bantahan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini terhadap arahan tunjuk sebab kerana ingkar perintah mahkamah membenarkan hak lawatan kepada isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad.

Bantahan itu dikemukakan oleh peguam yang mewakili Raja Perempuan Kelantan, Zainul Rijal Abu Bakar dan Abdul Halim Bahari.

Bagaimanapun, Raja Perempuan Kelantan dan dua pengawal peribadinya, Muhammad Shahrizan Zainal dan Zaiton Husin Merican yang ketiga-tiga mereka telah diperintahkan untuk tunjuk sebab itu tidak hadir di mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: