Monday, March 8, 2010

Tragedi berdarah lepas bercuti


KEMALANGAN yang membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 157.3 Lebuh Raya Pantai Timur di Maran dan meragut satu nyawa kelmarin.


MARAN - Kegembiraan empat beranak bercuti di pusat peranginan Genting Highlands bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka terbunuh selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 157.3 Lebuh Raya Pantai Timur di sini kelmarin.

Hana Natasya Salehin, 21, adik kepada wartawan Penyiaran TV3 Pahang, Herryanie Salehin meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala adiknya, Haizal Hakimi, 8, dan seorang penumpang kereta Proton Wira, Mashasmila Mohd. Ali, 30, cedera parah.

Ibu mangsa yang memandu kereta Toyota Vios yang dinaiki keluarga itu, Norkhairol Awang Taram, 46, dan seorang lagi anaknya, Hizieyana, 23, cedera ringan.

Mereka berasal dari Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: