PETALING JAYA: Seorang pelajar kolej swasta tidak menyangka panggilan telefon dari seorang wanita yang meminta tolong, sebenarnya adalah perangkap dipasang lelaki warga Afrika yang merogolnya.
Kejadian berlaku di Pangsapuri Flora Damansara di sini, kira-kira jam 9 malam kelmarin, selepas mangsa berusia 24 tahun yang tinggal di pangsapuri itu dikatakan menerima panggilan ketika berada di sebuah kafe siber di tingkat bawah pangsapuri.
Sumber berkata, ‘wanita’ yang menghubunginya meminta mangsa naik ke tingkat 9 pangsapuri itu dan sebaik tiba di pintu rumah, seorang lelaki warga Afrika menariknya masuk sebelum merogolnya. Katanya, mangsa yang berjaya melarikan diri selepas dirogol, kemudian kembali ke kafe siber itu dan menceritakan kejadian berkenaan kepada beberapa penduduk.
“Berikutan itu, beberapa penduduk memerangkap lelaki terbabit dan berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada polis,” katanya di sini, semalam.
Sumber itu berkata, ekoran penahanan suspek, polis bersama penduduk menahan dua lagi lelaki warga Afrika yang juga rakan suspek kerana dipercayai bersubahat.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, yang mengesahkan kejadian itu berkata, polis menahan tiga lelaki warga Afrika bagi membantu siasatan.
Thursday, March 11, 2010
Penuntut kolej kena rogol ramai-ramai lelaki warga Afrika!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: