Thursday, March 11, 2010

(Gambar) Pelajar Di Belasah Kerana Intai Pompuan!

image KUANTAN: Gara-gara mengintai pelajar perempuan, dua pelajar lelaki sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sini cedera selepas dibelasah sekumpulan lelaki di sebuah stesen minyak di Semambu, di sini, semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud, berkata pelajar wanita berkenaan yang tinggal di sebuah rumah sewa di Semambu menyedari telah diintai oleh dua lelaki lalu menghubungi teman lelakinya bagi memaklumkan mengenai kejadian itu.

Beliau berkata ekoran rasa tidak puas hati, teman lelaki kepada pelajar perempuan berkenaan kemudian bertindak mencari dua pelajar terbabit di sekitar kawasan berkenaan bersama beberapa orang rakannya sebelum menemui mereka di kawasan stesen minyak itu kira-kira 12 tengah malam, semalam.

"Ekoran kejadian itu, berlaku satu pergaduhan sehingga menyebabkan kedua-dua pelajar lelaki terbabit dicekik pada bahagian leher selain tubuh dan badan mereka dipukul dengan objek keras dipercayai menggunakan batang besi," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Katanya kedua-dua pelajar berkenaan bagaimanapun berjaya meloloskan diri sebelum mereka yang cedera di kepala dan belakang badan dibawa oleh orang ramai ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Mohd Haris berkata hasil siasatan awal, polis mengenal pasti kumpulan lelaki yang terlibat dalam pergaduhan itu dengan kebanyakkannya pelajar semester akhir IPTA yang sama berusia dalam lingkungan 20-an. "Siasatan juga mendapati kedua-dua mangsa dipercayai pernah melakukan perbuatan tidak senonoh itu sebelum ini," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: