Saturday, March 20, 2010

PATI guna penggera anjing


AZHAR SAMSUDIN (kiri) memeriksa dokumen dan barang milik salah seorang daripada tujuh PATI yang diberkas dalam Ops Tegas di Lubok China dan Masjid Tanah, Melaka semalam.


ALOR GAJAH - Ini cerita pelik tetapi benar dari Melaka. Walaupun begitu ramai pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja di pelbagai premis di negara ini, pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) negeri ini hanya dapat menahan tujuh PATI dalam operasi selama tujuh jam semalam.

Dalam erti kata lain, purata tangkapan oleh pasukan 40 anggota itu ialah satu PATI dalam tempoh satu jam.

Entah di mana silapnya, Ops Tegas ke-31 yang bermula pukul 9 malam di tiga kawasan rumah kongsi di Lubok China dan Masjid Tanah itu sepatutnya membawa pulang seramai mungkin PATI berikutan premis yang diserbu merupakan tempat tinggal mereka.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: