Wednesday, March 3, 2010

Nia Ramadani membilang hari

Pelakon Bawang Putih Bawang Merah, Nia Ramadani sudah membilang hari bergelar suri rumah tangga. Tariknya pada 1 April 2010 ini. Majlis pernikahannya sudah diuar-uarkan oleh media di Indonesia sebagai majlis pernikahan mewah tahun ini.

Masakah tidak, bakal suaminya ialah anak kepada jutawan terkaya di Indonesia, Aburizal Bakrie iaitu Ardie Bakrie. Bertuah Nia ya!

Nia Ramadani dan Ardie Bakrie

Nia dan Ardie membilang hari bahagia

Adakah Nia memang menanti lelaki dari kalangan berada untuk dikahwini? Kata Nia, saat awal pertemuan dengan Ardie dia sebenarnya tidak tahu pun siapa keluarga lelaki itu. Dia mengenali Ardie dalam satu majlis ulang tahun seorang kenalan pada tahun 2007.

"Awalnya tidak tahu dan dia juga tidak memperkenalkannya nama di belakang namanya. Setelah beberapa kali pertemuan barulah saya tahu siapa dia," kata Nia kepada media di Indonesia.

Kata Nia status Ardie sebagai anak bongsu ahli perniagaan terkaya di Indonesia tidak pernah mempengaruhi hubungan mereka, malah sikap Ardie yang matang dan menerima segala keburukannya membuatkan dia tertarik kepada lelaki itu.

"Aku sengaja menunjukkan sikap buruk dan dia menerima seadanya dan dia tetap bersama aku dalam apa juga keadaan. Itu bermakna dia menerima aku seadanya," kata Nia.

Reka gaun pengantin

Nia mahu kelihatan cantik pada hari bersejarah dengan mereka sendiri gaun pengantinnya. Dia berbincang dengan pereka untuk menghasilkan gaun yang diilhamkan.

Bahagia...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: