Wednesday, March 3, 2010

Ainul Aishah Menyanyi Bukan Suka-Suka

Seakan-akan menjadi trend apabila pelakon muda akan terjun ke bidang nyanyian setelah berjaya mendapat tempat dalam industri perfileman. Ainul Aishah tidak terkecuali menerima tempias apabila menyuarakan isi hatinya untuk merakamkan album. Namun peluang lakonan menyapa dahulu menyebabkan gadis ini meneruskan karier lakonan sehingga berjaya memegang beberapa peranan penting dalam filem seperti Nana Tanjung, Skrip 7707 dan Histeria.

"Saya pernah suarakan hasrat dari dulu lagi untuk menyanyi dan buat album. Before Liyana merakamkan album lagi saya sudah menyimpan hasrat itu. Memang dari kecil saya suka menyanyi dan rata-rata kawan saya terdiri daripada musician.

"Saya buat album bukan untuk suka-suka. It's my passion. Saya tak meniru Liyana Jasmay (LJ) atau sesiapa. Malah LJ sendiri support hasrat saya. Terpulang apa orang nak kata kerana saya percaya bakat yang ada dalam diri.

"Bakat saya diiktiraf apabila dipilih untuk membuat persembahan pada malam Anugerah Bintang Popular nanti. Mungkin mereka nampak kebolehan yang ada kerana saya pernah perform untuk Berita Harian pada majlis berbuka puasa," ujarnya yang akan muncul dengan muzik pop bagi single pertama.

Pernah dilamar syarikat rakaman, namun impiannya tidak kesampaian. Nekad bergerak secara indie untuk melunaskan impian yang digalas sejak kecil.

"Sepatutnya saya bersama Alibi Music, namun tak jadi kerana tiada kata persetujuan dicapai. Memang saya kecewa sangat tak dapat join mereka tapi tak apalah, mungkin bukan rezeki saya. Jadi saya ambil keputusan untuk buat album sendiri dan kebanyakan lagu ditulis sendiri dan dibantu rakan baik saya.

"Lihat bagaimana feedback peminat. Jika mereka suka, saya akan teruskan. Namun lakonan masih menjadi keutamaan," katanya menjadikan Demi Lavato dan Marit Larsen sebagai rujukan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: