Thursday, March 11, 2010

Model Myvi diperbaharui akan dilancarkan


MUKHRIZ (kiri) dan Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin menunjukkan nombor Viva 200,000 di Kilang Pengeluaran Perodua, Rawang semalam.


RAWANG - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) bakal memperkenalkan model Myvi diperbaharui dalam usaha mempelbagaikan lagi varian kereta popular rakyat Malaysia itu di pasaran.

Tanpa mengulas lanjut mengenainya, Pengarah Urusan Perodua, Aminar Rashid Salleh berkata, pengenalan model terbaru itu dijangka dilaksanakan menjelang bulan Jun ini.

Menurutnya, model kereta kompak yang dilancarkan sejak lima tahun lalu itu masih menerima maklum balas positif daripada pasaran.

"Setiap bulan kami menerima tempahan di antara 8,000 sehingga 9,000 unit dan kami akan terus menjual model itu sehingga tiba masa sesuai untuk menggantikannya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas lawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir ke kilang Perodua di sini semalam.

Tambah beliau, hampir 91,000 unit Myvi telah didaftarkan pada tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: