SELEPAS tampil cemerlang pada Kejo- hanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 baru-baru ini, pelumba sensasi negara, Anuar Manan ada satu lagi misi penting.
Dengan reputasinya sebagai Raja Pecut LTdL 2010, Anuar sudah pasti mahu mengekalkan statusnya itu dengan memburu gelaran juara acara lebuh raya Ke- juaraan Berbasikal Asia (ACC) 2010 di Dubai pada 8 hingga 17 April depan.
"Sudah pasti saya mahu memenangi acara lebuh raya pada ACC di Dubai nanti dan itulah misi utama saya selepas ini," kata Anuar di Bukit Jalil semalam.
"Saya sedar misi ini bukan mudah untuk dilaksanakan dan pelumba Asia yang lain pasti memberi tumpuan terhadap saya pada saingan tersebut nanti.
"Begitupun, kejayaan saya pada LTdL baru-baru ini banyak menyuntikan semangat dan keyakinan dalam diri saya sendiri. Jadi saya rasa tiada yang musta- hil di Dubai nanti sekiranya saya menge- kalkan prestasi terbaik ketika ini," ujarnya lagi.
Menurut Anuar, sebagai persiapan beraksi pada ACC 2010, dia akan menyertai Jelajah Thailand yang akan bermula 1 hingga 6 April depan.
"Pada Jelajah Thailand nanti, saya tidak sasarkan untuk menang tetapi lebih kepada mengekalkan stamina.
"Saya tidak akan mengerah sepenuh tenaga di Thailand kerana mahu menyimpan tenaga pada ACC di Dubai yang berlangsung dua hari selepas itu," kata Anuar.
Pada LTdL 2010, Anuar mencipta sejarah tersendiri apabila menjuarai peringkat kelima dari Muar ke Port Dickson selain meraih gelaran Raja Pecut (Jersi Hijau) dengan mengumpul 103 mata sepanjang tujuh peringkat saingan itu.
Hasil kejayaannya pada LTdL 2010, pelumba berusia 24 tahun itu menerima ganjaran berjumlah RM10,000 daripada tiga organisasi pada majlis penyampaian insentif di Bukit Jalil semalam.
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) menyumbang sebanyak RM5,000, Kencana Resources Sdn. Bhd. (RM3,000) dan Genting Malaysia Berhad (RM2,000).
"Saya berterima kasih di atas segala penghargaan yang diberikan kepada saya ini. Nampaknya segala usaha keras saya selama ini ada ganjarannya," jelas Anuar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: