Saturday, March 20, 2010

Masalah 'bom jangka' selesai


SEMALAM... Rozita menunjukkan isyarat bagus setelah tong-tong gas di tempat letak kereta berhampiran rumahnya di Perumahan Awam Setapak Jaya, Kuala Lumpur dialihkan.


KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam selepas pendedahan Kosmo!, masalah longgokan tong gas umpama 'bom jangka' di kawasan letak kenderaan Perumahan Awam Setapak Jaya 1A di sini berjaya diselesaikan.

Setelah bertahun lamanya penduduk di kawasan itu hidup dalam ketakutan, isu berkenaan akhirnya mendapat perhatian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Semalam, sepasukan penguat kuasa DBKL serta wakil daripada Petronas mengarahkan pemilik tong-tong gas berkenaan memindahkannya ke tempat yang lebih selamat.

Pengadu, Rozita Osman, 38, ketika ditemui memberitahu, dia bukan berniat memburukkan sesiapa tetapi sudah tidak tahu di mana lagi hendak mengadu masalah yang sudah lama berlarutan itu.

"Saya harap pihak yang terlibat menerima teguran dan aduan saya kepada Kosmo! ini sebagai sesuatu yang positif," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: