![]() |
| KATRINA KAIF |
AKTRES seksi, Katrina Kaif dilaporkan baru sahaja menandatangani kontrak sebagai jurucakap terbaru produk kecantikan, Lux. Dengan pengiktirafan ini, Katrina atau lebih dikenali sebagai Kat akan menyertai Aishwarya Rai dan Priyanka Chopra yang pernah dikaitkan dengan produk tersebut.
Pemilihan Kat itu membuatkan dia berasa bangga dan teruja. Menurut Kat, bukan semua aktres Bollywood boleh mendapat peluang sebegitu. "Aktres yang dipilih memiliki kecantikan serta berjaya dalam karier mereka. Lux hanya akan mengambil duta yang difikirkan bersesuaian dengan jenama mereka."
Iklan Lux terbaru yang menampilkan sabun Lux Purple Lotus & Cream akan diarahkan oleh Marco. Penggambaran akan berjalan di Bangkok, Thailand. "Kami amat gembira kerana Kat menyertai keluarga Lux," kata Naib Presiden Home and Skin Cleaning, Sudhanshu Vats.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: