
AHMAD SHABERY bangga melihat Jersi Hijau yang dimenangi Anuar Manan selaku Raja Pecut pada kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi 2010 baru-baru ini. Turut kelihatan Anuar (kanan) dan kedua ibu bapanya, Manan (tiga dari kanan) dan Azizah.
“JANGAN terlalu memikirkan mengenai kesusahan keluarga. Tumpukan kepada karier dan saya mahu Anuar Manan menjadi atlet terbaik. Teruskan berjuang untuk menjulang nama Malaysia.
“Keluarga Anuar akan mendapat bantuan dan perhatian penuh daripada kementerian serta kerajaan negeri.”
Itu jaminan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek ketika melawat Anuar serta kedua ibu bapanya, Manan Muda, 56, dan Azizah Arifin, 54, di rumah mereka di Kuala Ibai, Terengganu semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: