Friday, March 12, 2010

Kate trauma tikus belanda




AKTRES yang pernah memenangi anugerah Academy, Kate Winslet mendedahkan bahawa dia menderita diganggu mimpi ngeri bersiri di zaman kanak-kanaknya dahulu. Kejadian itu berlaku kerana keluarganya enggan mendengar nasihat doktor haiwan sehingga haiwan peliharaannya telah membunuh anaknya sendiri.

Katanya kepada majalah Empire: "Semasa kecil, salah seekor tikus belanda kami melahirkan anak secara tiba-tiba. Kami tidak tahu tikus itu mengandung. Jadi, kami menelefon kedai haiwan dan bertanya bagaimana untuk mengendalikan anak-anak tikus tersebut.

"Doktor itu menasihati kami supaya menjauhkan anak-anak tikus itu daripada ibunya. Ini kerana tikus belanda mudah terkejut selepas beranak dan akan memakan anak mereka sendiri. Ibu bapa saya bagaimanapun tidak memberi perhatian terhadap nasihat doktor itu.

"Maka, dia telah memakan anak-anaknya itu. Kejadian itu lantas menimbulkan trauma buat saya kerana saya asyik diganggu mimpi ngeri yang sama sehinggalah berusia 15 tahun. Saya asyik terbayang bagaimana ibu tikus itu menelan anak-anaknya hidup-hidup."

Kate bukan satu-satunya bintang Hollywood yang berdepan dengan mimpi buruk. Pelakon siri The OC, Rachel Bilson selalu bermimpi dia menjadi seekor badak air. Katanya: "Semasa saya berusia sembilan tahun, saya bermimpi saya menjadi badak air yang memakai skirt balet.

"Apa yang teruk adalah saya perlu membuang air kecil dalam mimpi saya. Jadi, apabila saya bangun, saya mendapat katil saya telah basah. Ia amat memalukan."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: