Thursday, March 11, 2010

Jururawat Lari Separuh Bogel Dalam Operasi Khalwat!

image GEORGETOWN: Seorang bakal jururawat di sebuah kolej yang hanya memakai coli dan seluar dalam yang ditutupi tuala, sanggup mempertaruhkan nyawanya dengan terjun melalui tingkap sebuah bilik hotel bagi melarikan diri daripada mengelak dicekup kerana berkhalwat dengan kekasihnya dalam satu operasi cegah maksiat di Batu Feringghi di sini, semalam.

Jururawat berusia 20-an itu yang kini menuntut di Kedah, bertindak demikian selepas tersentak dengan kehadiran sepasukan pegawai penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang membuat pemeriksaan di hotel penginapannya.
Dia yang menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa agama terus memanjat tingkap bilik dan terjun pada ketinggian lima meter diikuti teman lelakinya beberapa minit kemudian yang hanya berseluar.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, dalam operasi di sekitar pusat bandar, Batu Ferringhi dan juga Seberang Prai mulai jam 10 malam hingga 10 pagi itu, 60 orang atau 30 pasangan kekasih ditahan atas kesalahan berkhalwat dan berkelakuan kurang sopan di tempat awam.
Beliau berkata, pihaknya memeriksa buku pendaftaran masuk hotel dan mendapati beberapa pasangan beragama Islam mendaftar masuk di hotel berkenaan.

Katanya, ketika pemeriksaan di sebuah bilik, seorang wanita yang berseluar dalam dan coli yang menutup badan dengan tuala memanjat tingkap sebelum terjun untuk melarikan diri ke belakang hotel.

“Pegawai penguat kuasa agama cuba memberkas wanita itu tetapi gagal dan dia menyembunyikan diri, namun selepas pencarian selama lebih satu jam, dia ditemui dalam belukar dengan kecederaan di kaki.

“Pasangannya turut ditahan dan pemeriksaan menemui kondom yang sudah digunakan dalam poket seluar lelaki berkenaan serta beberapa kondom yang belum digunakan,” katanya. Khairul Azman berkata, dalam pemeriksaan itu juga 11 pasangan kekasih turut ditahan di hotel sama dan mereka dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi untuk laporan tangkapan.

Katanya, turut ditahan 15 pasangan kekasih atas kesalahan berkelakuan kurang sopan di tempat awam di kawasan Persiaran Gurney, Pantai Seagate, Queensbay dan kawasan Rehat dan Rawat Bagan Ajam dan mereka diberi notis saman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: