Thursday, March 11, 2010

Bihun & Laksa Perisa Babi Dijual Di Pasaraya Malaysia (Bukti Bergambar!)

AWAS!

Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. (KBBI)(Co. No. 365216-T)*telah beroperasi semula walaupun telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN & HEP), Putrajaya.

KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (KBBI) KAMPUNG SELAMAT, TASEK GELUGOR SEBERANG PRAI
PERHATIAN KEPADA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM MALAYSIA TERHADAP BARANGAN DARI KILANG BIHUN BERAS INDAH (KBBI) YANG MASIH BEROPERASI DAN MENGGUNAKAN TANDA HALAL TIDAK SAH!!!!!!

- Syarikat ini yang dahulunya memproses bihun*CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT, CAP CABAI BURUNG, CAP BUNGA KANGKUNG, CAP CIK YATI dan CAP PHOENIX*
- Terkini, mereka telah menipu orang ramai dengan*menukar alamat premis*kepada yang baru dalam menjalankan perniagaan lama mereka iaitu perniagaan pemprosesan bihun walhal kawasan pemprosesan bihun tersebut masih di tempat yang lama iaitu bersebelahan kandang babi.


Anak panah di sebelah kanan menunjukkan kilang Bihun Beras Indah manakala anak panah di sebelah kiri menunjukkan pusat ternakan ****
Keadaan dalam kandang babi yang bersebelahan kilang KBBI

Untuk mengaburi mata pengguna, mereka meletakkan*alamat yang berlainan dari alamat kilang sebenarnya di Kampung Selamat pada bungkusan bihun. Kilang tersebut juga bertindak menutup mata pengguna dengan meletakkan*nama dan alamat pengedar atau pendaftar yang tidak dikenali*para pengguna sebagai salah satu anak syarikat KBBI.
Jenama baru KKBI :
CAP MASJID, CAP KRIS, CAP NYONYA*,*CAP LAKSA KAMPUNG, CAP LAKSA SILAT, CAP JATI, CAP KAPAL LAYAR*dan*CAP SYAIRIAH

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: