
Irfan berkata, walaupun dia mengharungi dua bidang berbeza, namun minatnya dalam bidang muzik lama terbit di hati dan baru kini dapat direalisasikan. Menurutnya, muzik juga salah satu cabang bidang perniagaan dan dia percaya boleh berjaya dalam bidang itu sekiranya berusaha keras.
“Sejak dulu lagi saya sangat meminati muzik dan selalu ikuti lagu nyanyian Razzi. Tapi, sebelum ini tak ada peluang, lagipun saya sibuk dengan komitmen lain. Sejak lagu saya Voice menerima respon positif daripada pelayar YouTube di Internet, barulah saya nampak peluang dan mula bekerjasama dengan Razzi untuk buat album.
“Kami mempunyai minat yang sama dan sekarang adalah masa yang sesuai untuk kami terbitkan album. Penghasilan album ini adalah cara kami menyemai persahabatan melalui muzik yang sudah lama sebati dalam diri kami. Ini juga peluang untuk kami menceburi perniagaan melalui muzik yang kini semakin berkembang baik,” katanya yang tampil berkolaborasi dengan Razzi menerusi satu album yang bersempenakan nama mereka.
Bagi Razzi, peluang bekerjasama dengan Irfan sudah lama dinanti-nantikan kerana mereka bukan sahaja bersahabat baik sejak dulu lagi tetapi juga meminati bidang yang sama.
“Saya ingin bekerjasama dengan Irfan dalam satu album ini adalah untuk mencuba sesuatu kelainan. Walaupun dia masih baru dalam bidang ini, namun dia sangat berbakat dan itulah yang membuatkan saya lebih tertarik untuk bekerjasama dengannya. Bukan saja boleh menyanyi, terapi Irfan juga pandai bermain gitar. Malah untuk album ini, kita boleh mendengar skilnya bermain gitar,” kata bekas finalis Anugerah Juara (AJL) pada 1992.
Menyentuh kemunculan semulanya setelah lama menyepikan, Razzi berkata, dia bukannya terus menghilang dari industri muzik cuma, dia banyak mengekspresikan dirinya dalam bentuk penulisan di Internet seperti blog dan menerbitkan beberapa E-Book berkenan masalah percintaan.
Muncul tepat masanya, apabila kerajaan mengumumkan stesen radio wajib memutarkan lagu-lagu baru tempatan, bagi Razzi dan Irfan itu adalah peluang baik untuk mereka memulakan karier baru mereka. Apatah lagi album sulung kaloborasi mereka baru sahaja berada di pasaran dan pastinya memerlukan sokongan dari pihak radio untuk mempromosikannya.
Memilih konsep muzik rock, dengan muzik jenis ala-ala gothic yang diiringi tema rock heavy metal, Razzi dan Irfan percaya ia memberikan kelainan terhadap cita rasa peminat muzik kini.
“Terdapat tujuh lagu yang dimuatkan dalam album ini dan setiap lagu mempunyai keistimewaan sendiri. Selain menyanyi, kami juga terlibat keseluruhan pembikinan termasuklah mencipta lagu dan menerbitkan album. Turut terlibat, rakan kami, Kyo, yang bukan sahaja sebagai komposer tetapi juga penerbit,” katanya.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album Razzi Rahman dan Irfan Khairi ialah, Kerana, Misteri, Akustik Sepi, Selamanya, Syakila, Kekuatan dan satu lagu Inggeris iaitu Voices yang menceritakan tentang penderitaan penduduk-penduduk Gaza dan Palestin.
Dalam pada itu, lagu Kerana nyanyikan Irfan amat popular di pantai timur dan pernah berada di kedudukan ketiga dalam radio THR Gegar Pantai Timur.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: