
Koreografer yang pernah memenangi Anugerah Jerwood untuk dramatari Hedo-scetic, Anugerah Peter Darrell Choreographer untuk Stravinsky’s Renard (ballet dari Scotland) ini juga pernah terlibat dengan promo pop Devil’s Nightmare untuk Oxide dan Nuetrino (yang juga merupakan runut bunyi untuk filem Tomb Raider).
Dalam kesibukan membuat persembahan dengan kumpulan Teatro, Stephen juga turut mencipta nama di Malaysia. Untuk persembahan sulungnya bersama MPO, Stephen akan melantunkan vokalnya melalui lagu-lagu petikan dari persembahan Broadway yang hebat seperti West Side Story, Les Miserables, Phantom of the Opera dan Bombay Dreams. Antara lagu-lagu yang bakal disampaikan ialah Over The Rainbow, Journey Home, Luck Be A Lady dan I Dreamed A Dream.
Persembahan ini bertemakan Showstoppers dan bakal dipimpin oleh konduktor tersohor dari Britain, John Georgiadis. Tiket boleh didapati dengan harga RM20 ke atas. Untuk maklumat lanjut, layari laman web: www.mpo.com.my
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: