Thursday, March 4, 2010

Bila Anang cium Syahrini


ANANG dan Syahrini.


JIKA minggu lalu bertebaran gosip kononnya duda Kris Dayanti, Anang Hermansyah intim dengan penyanyi baru bernama Syahrini, minggu ini nyata Anang membikin kejutan.

Dalam sebuah majlis Dahsyat Awards 2010 yang diadakan di Jitec Mangga Dua, Jakarta, Jumaat lalu, Anang secara spontan telah mencium Syahrini di atas pentas sebaik mereka selesai mendendangkan lagu duet berjudul Jangan Memilih Aku.

Walaupun hanya memberi ciuman di kening penyanyi wanita itu, namun tindakan Anang menimbulkan spekulasi bahawa mereka memang sedang bercinta.

Namun Anang menepis dakwaan tersebut. Dia menegaskan ciuman tersebut hanya ciuman tanda persahabatan. "Ciuman itu hanya bermaksud kepada hubungan persahabatan. Tidak lebih daripada itu," tegas Anang.

Tambah Anang lagi: "Itu (ciuman) rasa terima kasih terhadap Syahrini kerana dia sudi berduet dengan saya."

Sementara itu, Syahrini yang mengaku kaget dicium berkata: "Saya memang terkejut dengan tindakan Anang. Tapi saya tidak kisah kerana Anang sendiri memberitahu ciuman tersebut adalah bentuk apresiasi terhadap pasangan duetnya."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: