SEBAGAI individu yang mempunyai ramai saudara di Aceh, Cut Mini tidak setuju kalau kampung halamannya disebut sebagai sarang pengganas. Jolokan tersebut diberikan beberapa pihak selepas siri insiden keganasan yang berlaku di negara yang pernah lumpuh akibat tsunami beberapa tahun lalu.
Malah dia turut menegaskan saudara-saudaranya di Aceh tidak berkaitan dengan keganasan tersebut.
"Saya tidak setuju apabila Aceh diberi jolokan sarang pengganas," tegas Cut kepada media Indonesia saat ditemui dalam acara Bazaar Beauty Awards 2010 minggu lalu.
Meski dilahirkan di Jakarta, Cut tetap berasa Aceh sebagai kampung halamannya. Dia juga yakin, saudara-saudaranya yang ada di sana sama sekali tidak terlibat dengan sebarang organisasi pengganas tersebut.
Katanya lagi: "Saya amat yakin, saudara-saudara saya sama sekali tidak terlibat dengan sebarang organisasi keganasan di sana."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: