Friday, March 12, 2010

Ammar akhirnya nak minta maaf

Ammar dan Puteri Sarah pasangan sensasi yang tak popular.

Setelah menimbulkan masalah dan menghentam wartawan dalam laman sosial, akhirnya pelakon baru yang tak terkenal Ammar Alfian Aziz ingin membuat deklerasi memohon maaf.

Majlis akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada pukul 3.00 petang esok (Jumaat). Pihak Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang menghantar jemputan kepada pihak media. Tak tahulah sama ada Seniman yang memainkan peranan sebagai pendamai atau pelakon baru itu sendiri yang terbuka hati memohon maaf setelah banyak menghentam, malah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan bunuh dalam laman sosial.

Apapun sebab, kalau benar-benar nak mohon maaf... baguslah. Kata orang buang yang keruh ambil yang jernih.

Jangan pula buat keputusan itu sebab berasa kedudukan tergugat dan tidak ikhlas.

Dengar-dengarnya ramai wartawan yang nak turun padang. Yalah pelakon itu tak terkenal malah ada yang tak pernah bersua muka dengannya.

Wartawan dan jurugambar yang menjadi sasaran hentaman dan hemburan kata-kata kesat juga bersedia nak bersemuka.

"Saya nak dengar dulu apa yang Ammar nak cakap nanti," kata wartawan majalah Hai Wahidah Othman.

Jurugambar Rashid Asri Mahfof juga ingin turut menjenguk sebab namanya banyak dikaitkan dalam kes Ammar. Ammar pernah mendakwa Rashid mengasarinya dalam satu majlis. Rashid menafikan dakwaaan itu.

"Saya juga nak dengar apa yang dia nak cakap. Saya dengar dulu dan buat apa-apa keputusan selepas itu," kata Ridzuan Abdul Rahman, wartawan majalah Hai yang juga antara nama yang dikaitkan dalam isu hangat itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: