Tuesday, August 21, 2012

Nasib Izza mirip filem Ombak Rindu


IZZA menceritakan kisah hitamnya kepada wartawan Kosmo! di Kampung Kubu Gajah, Kuang, Selangor baru-baru ini.


KUALA LUMPUR – Filem Ombak Rindu yang diadaptasi daripada karya Fauziah Ashari mungkin hanya rekaan semata-mata, namun kisah hampir serupa turut dialami seorang gadis yang kini berada di bawah perlindungan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah di pinggir Kuala Lumpur.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Izza, 20, tidak menyangka dapat keluar daripada cengkaman seorang ‘bapa ayam’ selepas diselamatkan oleh seorang lelaki warga Nigeria dengan bayaran wang tunai ribuan ringgit.

“Selama empat bulan saya menjadi pelacur dan pegawai perhubungan pelanggan di sebuah pusat hiburan.

“Saya tidak menyangka dibebaskan oleh orang yang saya tidak kenali langsung,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini baru-baru ini.

Anak yatim dari Pulau Pinang itu menceritakan, dia telah dibawa ke sebuah hotel di Jalan Chow Kit di sini dan dijaga oleh adik ipar lelaki tersebut selama tiga bulan.

“Saya diberitahu lelaki ini tidak mahu saya bergelumang dengan dunia pelacuran lebih-lebih lagi pada ketika itu saya baru berusia belasan tahun.

“Lelaki Nigeria ini sudah berkahwin dengan seorang rakyat tempatan dan sampai sekarang saya tidak pernah berjumpa dengannya,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: