Saturday, August 18, 2012

Aizat beraya di United Kingdom, England


AIZAT rela berkorban beraya dalam tempoh yang singkat di Malaysia pada tahun ini demi menimba ilmu di dada.


PENYANYI Aizat Amdan bakal meninggalkan tanah air pada malam raya demi mengejar ilmu di Garnish School of Sound di Hackney, England selama dua setengah bulan.

Bagaimanapun sebelum terbang ke United Kingdom, Aizat dan keluarganya terlebih dahulu meraikan Aidilfitri di kediaman bapanya di Ampang, Kuala Lumpur pada sebelah pagi dan di kampung halamannya, Raub, Pahang pada petang hari.

“Sebelum meninggalkan Malaysia, saya masih sempat meraikan raya seperti biasa, cuma tempoh sambutan saya lebih singkat berbanding kebiasaannya.

“Pada sebelah malam, seluruh keluarga akan menghantar saya ke lapangan terbang. Abang saya, Anas akan menemani saya di United Kingdom selama 10 hari sebelum saya tinggal sendirian di sana,” ujar Aizat yang ditemui di Masjid As-Syakirin Kuala Lumpur City Centre baru-baru ini.


SAYANG ibu. Aizat di samping bonda kesayangannya, Fina Zaman.


Teruja dan disulami perasaan gementar, kata Aizat dia lebih memikirkan tentang pelajarannya di sana berbanding debaran menyambut Aidilfitri.

“Mestilah pelbagai perasaan bermain di hati saya kerana buat pertama kalinya saya akan meninggalkan keluarga dan tanah air dalam tempoh yang agak lama.

“Namun, demi meningkatkan diri, saya harus pergi belajar. Mungkin di sana saya mendapat inspirasi untuk meningkatkan muzik saya kerana berada di negara orang tidak sama seperti berada di negara sendiri,” balasnya yang gemarkan kerepek bawang pada hari raya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: