Monday, May 17, 2010

Tegas perangi penunjuk perasaan


KUMPULAN penunjuk antikerajaan membakar sejumlah tayar di Jalan Rama IV, Bangkok semalam.


BANGKOK - Kerajaan Thailand semalam menegaskan akan meneruskan kempen memerangi penunjuk perasaan antikerajaan yang popular dengan gelaran Baju Merah.

Tindakan itu tetap diteruskan walaupun penunjuk perasaan antikerajaan mahu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi perantara bagi menamatkan krisis politik yang telah mengakibatkan 30 orang terbunuh sepanjang empat hari protes jalanan di sini.

Jurucakap kerajaan, Panitan Wattanayagorn berkata, tentera Thailand tidak akan berhenti untuk bertindak ke atas penunjuk perasaan.

Menurutnya, anggota tentera tidak akan menggunakan senjata untuk menyuraikan orang awam.

Namun, katanya, askar-askar akan menggunakan senjata api ke atas penunjuk perasaan yang didapati memiliki senjata.

Menurut anggaran kerajaan, seramai 59 orang telah maut dan lebih 1,600 cedera sejak kumpulan Baju Merah memulakan tunjuk perasaan sejak Mac lalu.

Jumlah itu termasuk 30 orang awam yang terbunuh dan 232 cedera sejak kelmarin dalam pertempuran yang mengubah sebahagian dari bandar raya tersebut yang terkenal dengan kehidupan malamnya kepada zon peperangan bandar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: