Saturday, May 22, 2010

SMK St. John jadi tapak warisan


JOSEPH (dua dari kanan) dan Siti Zuraina bersama Pengetua SMK St. John, Leong Kum Lay (kanan) memegang plak pengisytiharan sekolah itu sebagai Tapak Warisan Kebangsaan di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Bangunan asal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. John yang telah berusia 106 tahun di sini semalam diiktiraf sebagai Tapak Warisan Kebangsaan oleh Jabatan Warisan Negara.

Pengisytiharan sekolah yang terletak berhampiran kawasan Hutan Simpan Bukit Nanas di sini disempurnakan Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.

Joseph berkata, pemilihan SMK St. Joseph bukan hanya kerana usianya tetapi sumbangannya yang sinonim dalam melahirkan nama-nama besar untuk negara.

"Usaha-usaha yang telah dicurahkan sejak lebih 100 tahun ini telah melahirkan Johannians hebat seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, Raja Nazrin Shah, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, beberapa menteri kabinet, pegawai-pegawai kerajaan dan juga tokoh korporat,'' katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: