Fahrin Ahmad (kiri) dan Nash Idrus (kanan) yang mewakili rakan amal marathon masing-masing, Yayasan AIDS Malaysia (MAF) dan Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) mengajak rang ramai menyertai Larian Standard Chartered KL Marathon 2010 pada 27 Jun ini.MENGANGKAT 'Run For a Cause' (Berlari Untuk Suatu Matlamat) sebagai tema, Larian Standard Chartered KL Marathon 2010 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka pada 27 Jun ini bukan sahaja menarik perhatian masyarakat untuk menyertainya, tetapi juga para selebriti tanah air.
Antara selebriti yang telah mengesahkanpenyertaan untuk menjayakan perlumbaantahun ini termasuklah Fahrin Ahmad danNash Idrus yang mewakili rakan amalmarathon masing-masing iaitu YayasanAIDS Malaysia (MAF) dan Persatuan KanserMalaysia (NCSM).
Selaku duta MAF, Fahrin yang jugapeminat sukan dan aktiviti kecergasanmelihat acara ini sebagai gelanggang untukdia mendekati komuniti sambil memberisumbangan sosial khususnya kepada mangsaAIDS/HIV.

"Banyak yang saya belajar selama hampirdua tahun bersama MAF. Saya berpeluangmendekati mangsa AIDS dan mendengarsendiri pengalaman mereka. Dari situlahsaya terpanggil untuk terus membantumereka," kata aktor berbakat besar ini.
Tidak cukup dengan itu, dia juga akanmenghebahkan tentang perlumbaan itukepada para peminatnya di Facebook dan diseluruh Malaysia supaya mereka dapat turutserta dan menjayakan program amal itu.
"Saya mahu ajak peminat sama-samaberlari dengan saya. Saya akan maklumkandi Facebook. Selain peminat, saya juga ajakrakan artis. Setakat ini, Umie Aida telahbersetuju untuk sama-sama berlari," katanyayang juga meminati sukan ragbi.
Tanpa mahu menetapkan sasaran jumlahkutipan, Fahrin yakin perlumbaan tersebutbakal mendapat sambutan hebat dan berjayamencapai objektifnya.
"Saya akan berusaha untuk dapatkanseberapa banyak yang saya mampu. Takada sasaran, tapi saya benar-benar ikhlasmenjayakan acara ini," katanyapenuh semangat.
Nash Ajak Isteri, Rakan Artis

Bagi Nazril Idrus atau Nash, ini adalah tahun kedua dia menyertai program anjuran Standard Chartered ini. Pada perlumbaanitu nanti, dia tidak keseorangan. Isterinya, aktres Sazzy Falak juga bakalberlari bersama-samanya sejauh 10kilometer.
Nash memilih berlari untuk NCSM kerana menyedari penderitaan pesakit kanser yang terpaksa bertarung dengan penyakit yangdigeruni ramai itu, selain meminatisukan dan aktiviti larian.
Sama seperti Fahrin, Nash juga sangat mengalu-alukan penyertaan masyarakat dan rakan-rakan artis.
Bagi mereka yang ingin menyertai Standard Chartered KL Marathon 2010, mereka perlu melayari laman web www.klmarathon.com.
Run For a Cause adalah perlumbaan yang mengkehendaki peserta membuat aku janji menyerahkan hasil kutipan kepada satu daripada lima rakan amal maraton iaituPersatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), Yayasan AIDS Malaysia (MAF), Persatuan Kanser Malaysia (NCSM), Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) dan Standard Chartered Trust Fund (SCTF).
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: