PARIS: Kira-kira 30 tahun lalu, pasangan kembar Igor dan Grichka Bogdanoff menjadi pujaan hati penonton di Perancis kerana menghasilkan siri fiksyen sains sendiri di televisyen.
WAJAH ASAL Igor dan Grichka Bogdanoff tiga dekad lalu.
Semuanya akibat terlalu banyak menjalani pembedahan plastik sehingga jika dilihat sekali imbas, sukar untuk mengenali mereka.
Penampilan itu juga menjadi bukti semakin ramai selebriti lelaki taksub kepada pembedahan plastik untuk kelihatan menarik.
Bergaya di depan kamera sempena ulang tahun ke-150 pengeluar barang kemas Chopard, adik-beradik itu kelihatan amat aneh.
Kini berusia 60 tahun, kembar itu dipercayai menjalani beberapa pembedahan implan dagu dan pipi, selain mengambil suntikan botox.
Bentuk wajah Igor dan Grichka Bogdanoff itu mengingatkan orang ramai kepada Jocelyn Wildenstein, 63, yang turut taksub kepada pembedahan kecantikan.Prosedur itu turut mengubah wajah Jocelyn menjadi aneh.Janda kepada bilionair, Alec Wildenstein, Jocelyn melalui sekurang-kurangnya tujuh pembedahan menegangkan kulit muka, membentuk semula mata dan menyuntik kolagen pada bibir, pipi dan dagu.
Jocelyn bimbang Wildenstein hilang minat kepadanya menyebabkan dia mula menjalani pembedahan kecantikan.
Kecintaannya kepada kucing menjadi ilham kepada Jocelyn membentuk mukanya, menyebabkan dia kini lebih kelihatan seperti haiwan berkenaan.
Pasangan kembar Bogdanoff amat popular di Perancis pada 1980-an.
Tampil dengan wajah kebudak-budakan, kembar itu menerbitkan pelbagai sisi fiksyen sains popular, termasuk Temps X, sebelum populariti mereka merosot.
Mereka mula menjalani pembedahan plastik pada 1990-an.
Mereka juga menjadi kontroversi selepas kajian mereka diterbitkan dalam jurnal sains dan mendapat kritikan pelbagai pihak.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: