PENYANYI Australia, Peter Andre mengakui dia menyukai penyanyi Kerry Katona kerana dia teruja dengan cara bintang itu mengubah kehidupannya.
Media melaporkan Andre membuat pengakuan tersebut setelah Katona mendedahkan kepada media bahawa Andre ialah kekasih dan lelaki idamannya.
"Kerry menyatakan saya ialah lelaki idamannya dalam satu temuramah pada minggu lalu. Bagaimanapun dia tidak ingin membebankan saya dengan masalahnya.
"Saya suka Kerry dan akan selalu berada di sisinya sebagai seorang kawan. Dia dialu-alukan memanggil saya sekiranya dia meluahkan perasaannya. Saya tidak akan melihatnya sebagai suatu bebanan," kata Andre.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: