Sunday, May 9, 2010

Pemeriksaan kesihatan dipertikai


KERATAN Kosmo! 6 Mei 2010.


Pakar Perubatan Sultan Kelantan, Dr. Amir Ramli berkata, pemeriksaan itu dilakukan semasa baginda berada dalam keadaan trauma dan tertekan sejak dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini Selasa lalu.

Menurut beliau, kumpulan panel pakar perubatan itu sepatutnya memeriksa kesihatan Sultan Kelantan selepas baginda berada dalam keadaan tenang dan mendapat rehat secukupnya.

Amir mendakwa, Tuanku Ismail mengalami trauma dan tidak dapat beradu secukupnya selepas kejadian baginda ditahan oleh sekumpulan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang memakai topeng dan bersenjata sebelum dibawa ke HUSM.

"Persoalannya, adakah adil jika Tuanku Sultan yang telah dimasukkan ke HUSM dengan 'bantuan' UTK yang bertopeng dan lengkap bersenjata mengalami trauma dan tidak dapat beradu yang cukup menjalani pemeriksaan kesihatan," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: